Friday 10 June 2011

You're mine?? 2

BAB 3
“EH, Hana. Tadi kau buat apa renung lama-lama dengan abang kau?” Tanya Sarah yang sedang tekun menghafal formula mata pelajaran Kimia. Hana tersentak. Adif dan Naufal turut memandang Hana.
  “Aku rasa dalam Kimia tak ada pula soalan tuh..”Jawab Hana yang sedang sibuk menulis nota. Nak control gugup lerr..
  “Kura-kura dalam perahu, kau ingat kami tak tahu..” Sampuk Naufal yang sedang bersandar di dinding pondok kecil itu.
  “Mana boleh tangkap cintan dengan abang kandung kau sendiri!” Tokok Sarah pula.
  “Kau jangan Hana. Sumbang mahram tuh..”Kata-kata Adif itu membuatkan Naufal dan Sarah terangguk-angguk seperti burung belatuk mematuk. Erk!
  “Wait! Stop! Korang ni lebih-lebih ar. Gila kot! Nonsense! Takkan aku suka kat abang aku sendiri,”bengang Hana. Dia kemudiannya menceritakan perihal sebenarnya kepada Sarah, Naufal dan Adif. Bab yang memalukan itu pandai-pandai la dia control.
  “Owh..Kalau begitu takpe laa. Maaf sesangat,”kata Sarah. Menyesal pula cakap pelik-pelik kat Hana.
  “Maaf ye Hana,”ucap Naufal pula.
  “Sorry, Hana..”Tutur Adif.
  “Don’t worry ar korang. Dah-dah..Sekarang tumpukan perhatian,”ujar Hana kemudiannya meneruskan pembacaannya diikuti yang lain. Sarah kepoh bertanya tentang bab yang dia tidak fahami kepada Hana. Dalam kalangan mereka berempat, Hanalah yang paling cerdik.
     Hana memandang ketiga-tiga sahabat baiknya itu. Mereka berempat berkawan sejak dari sekolah rendah lagi. Sangat akrab. Sarah, seorang yang comel, happy go lucky, ulat buku seperti Hana dan lurus orangnya. Tapi hatinya baik dan tulus. Sentiasa dengan gula-gula lolipop di tangannya. Adif, boleh dikatakan agak popular di sekolah kami. Yalah, kerana kekacakannya dan seorang atlet sekolah yang cemerlang, mana tak popular. Tapi, dia tidak pernah malu berkawan dengan geng ulat buku seperti Hana, Sarah dan Naufal. Naufal, popular macam Adif juga. Sama hensem, sama aktif. Cuma dia ni, lebih cool daripada Adif. Baik hati dia ni. Hana sangat bersyukur kerana dianugerahkan kawan-kawan seperti mereka.
  “Oh, ya Sarah. Kenapa petang ni tak ada lollipop dengan kau?” Tanya Adif tiba-tiba. Naufal dan Hana mengalihkan pandangan mereka kepada Sarah pula.
  “Stok habis ler..”Jawab Sarah sambil menjuihkan bibirnya.
  “Rongak nanti gigi kau Sarah oii..” Sampuk Naufal dengan nada coolnya itu.
  “Tapi, lollipop-lolipop pun, gigi kau elok aje. Bertuah betul,”ujar Hana pula. Memang Sarah dan lollipopnya tidak dapat dipisahkan, tapi giginya tetap putih berseri.
  “Ha’aa ler..Sarah lorr..” Bangga Sarah. Hana menggeleng-geleng. Naufal dan Adif pula hanya mencebik.
     Dalam sibuk membaca itu, cermin mata Hana terjatuh di atas lantai pondok kerana dia terlalu menunduk. Tidak sengaja, Adif tertendang cermin mata Hana hingga menyebabkan cermin mata itu terjatuh ke luar pondok. Terkebil-kebil Hana mencari cermin matanya.
  “Opps, sori Hana. Sekejap aku ambilkan,”ujar Adif kemudiannya mengambil semula cermin mata Hana di luar pondok. Selepas beberapa saat, dia naik semula ke pondok.
  “Eh, eh sekejap. Hana, angkat muka kau sekejap.” Arah Sarah tiba-tiba. Adif dan Naufal turut memandang Hana. Apasal si Sarah ni? Hana menurut kata Sarah.
 ‘Wah! Cun ler, si Hana ni!’ Sarah terpegun.
 ‘Mak aii..Cantik lorr..’Adif terkaku.
 ‘Tak sangka dia cantik begini! Cayalah, Hana!’ Naufal tergamam.
  “Apehal korang ni? Dif, spek mata aku mana?” Hana mengerutkan dahinya. Kenapa diorang tiba-tiba jadi patung lilin pulak ni?
     Ketiga-tiga mereka tersentak daripada lamunan. Adif menyerahkan cermin mata itu kepada Hana.
  “Korang ni kenapa? Tenung-tenung aku aje. Kenapa? Batang hidung aku hilang ek?”
  “Selama aku kawan dengan kau, nilah kali pertama aku tengok muka kau cantik sebegini yang terlindung di sebalik cermin mata tebal kau tu!” Jerit Sarah dengan teruja. Hana tersentak. Hah?!
  “Betul tu Hana. Cun ar kau ni! Cantik sama tanding dengan queen perasan lawa sekolah kita tu, si Proud Pe’ah tuh..” Kata Adif mengiyakan kata-kata Sarah. Hana tergamam. Tahu sangat mereka dengan si Proud Pe’ah ataupun nama sebenarnya Rini Rafe’ah yang merupakan gadis popular di sekolah mereka. Tapi malangnya, dia hanya cantik di luaran, perangainya pula Masya-ALLAH! Faham-faham ajelah macam mana orangnya!
  “Cair hati aku tengok wajah sebenar kau Hana..”Ujar Naufal perlahan. Control cool dia la tu..Kali ini Hana terlopong pula. Sarah dan Adif turut terkejut mendengar kata-kata Naufal. Budak cool ni pun boleh cakap macam tu? Erk!
  “Hah?!” Hana masih terlopong.
  “Ja..Jangan kata kau tangkap cintan dengan si..si Hana ni pulak, Fal..” Tutur Sarah tergagap-gagap. Uih!
  “Erm, Fal..Memang tak salah tapi kau tak pelik ke?” Ujar Adif pula. Naufal, si budak yang selalu berlagak cool tu, jatuh cinta?
  “Mana ada. Aku melawak aje. Lucu betul tengok muka cuak korang ni..”Kata Naufal lalu ketawa perlahan. Melawak sikit pun takut macam ni!
  “Kurang asam la kau ni!” Serentak Hana,Sarah dan Adif berkata. Mereka terus ketawa bersama-sama.
  “Hana, sejujurnya aku kata ni..Kau..kau jangan ambil hati tau..”Kata Sarah perlahan. Hana mengangkat keningnya.
  “Mu..ka kau tak ada iras mak dengan a..bang kau la..”Tergagap-gagap Sarah berbicara. Takut kawannya itu berkecil hati. Riak muka Hana berubah. Naufal dan Adif mengerutkan kening. Betul juga kata si Sarah ni..
  “Hah? Sama dengan arwah ayah aku kot..”Ujar Hana perlahan. Dia tersenyum kelat. Dia sendiri tidak pernah melihat wajah arwah ayahnya.
  “Dah..dah..Lupakan pasal tu. Tak semestinya anak kena sama muka muka dengan ibu bapanya. Aku pun iras dengan tok wan aku aje..”Kata-kata Adif itu berjaya membuatkan mereka semua ketawa.
    Tepat pada jam 6.15 petang, mereka berempat pulang ke rumah masing-masing.






BAB 4

  “ASSALAMUALAIKUM!” Hana melangkah masuh ke dalam rumah. Dia terus merebahkan diri di atas sofa. Tudung ditanggalkan lalu diletakkan di atas meja.
  “Waalaikumussalam. Hana, kek kamu dah siap. Tak mau hiaskan ke?” Ujar Mak Jah.
  “Nak! Nak!” Cepat-cepat Hana menuju ke dapur. Dia nampak kelibat Aiman yang sedang merenung kek coklatnya itu. Kedua-dua kening Hana bertaut. Apasal dia ni?
  “Apa renung-renung ni?” Tanya Hana. Aiman tersentak. Teringat dengan peristiwa tadi. Rileks Aiman, rileks..
  “Tak ada apa,”jawab Aiman singkat. Hana berasa semakin pelik.
  “Kenapa dengan abang ni? Diam semacam aje,”ujar Hana sambil meratakan sapuan coklat pekat di atas kek coklatnya itu.
  “Perasaan Hana aje tu. Okey aje ni,”jawab Aiman acuh tak acuh. Hana langsung tidak dipandangnya. Semakin pelik Hana rasa.
  “Hana..” Panggil Aiman.
  “Ya,”jawab Hana sepatah. Aiman mendiamkan diri. Hana mengerutkan dahinya.
  “Kenapa?” Tanya Hana pula.
  “Nothing,”ujar Aiman. Hana semakin geram.
  “Dari tadi asyik tak ada apa aje!” Marah Hana. Geram dengan perangai acuh tak acuh Aiman.
  “Hisy!” Aiman mendengus kuat. Dia mengorak langkah keluar dari dapur dengan laju.
  “Dum!” Kedengaran pintu bilik dihempas kuat. Hana dan Mak Jah mengurut dada akibat terkejut.
  “Apehal dengan abang kamu tu?” Tanya Mak Jah apabila masuk ke dapur.
  “Entahlah. Orang tanya pun jawab acuh tak acuh aje,”
  “Angin apa entah budak Aiman tu! Main hempas-hempas pintu pulak. Ingat kaya sangat nak tukar kalau pintu tu pecah!” Marah Mak Jah.
  “Tak apa la mak. Hana nak pergi mandi,” Hana terus berlalu masuk ke dalam biliknya. Mak Jah hanya tergeleng-geleng.

SELEPAS menunaikan solat Ishak, Aiman terus menghempaskan tubuhnya di atas katil. Rasa bersalah terhadap Hana semakin menebal. Dia sedang berperang dengan perasaannya. Dia bersikap acuh tak acuh tadi kerana hendak menidakkan perasaan itu.
  ‘Cinta? Nonsense! Dia adik aku ler..’
  ‘Tapi kenapa aku rasa lain macam aje ni?’
  ‘Apa nak jadi lorhh..’
  ‘Arghhh!’
Kedengaran pintu biliknya diketuk dari luar.
  “Masuk la,” Terjengul kepala Hana dari luar. Mukanya masam.
  “Mak ajak makan,” mendatar sahaja suara Hana. Setelah bercakap, dia berpaling untuk berlalu pergi.
  “Hana,” Hana buat tidak endah saja dengan panggilan Aiman itu. Aiman mendengus. Haisyh! Feeling guilty ni..
     Aiman mengejar langkah Hana. Lengan Hana dicengkamnya perlahan. Hana mengetap bibir. Huh! Dia memandang Aiman tajam.
  “Hei, ni apa buat drama Hindustan pulak ni?” Sergah Mak Jah. Apa nak jadi dengan budak-budak ni?
  “Hana merajuk la mak,”jawab Aiman sambil menggaru kepalanya. Lengan Hana masih di dalam genggamannya.
  “Mana ada. Lepaslah!” Pinta Hana. Aiman tidak menurut.
  “Man, lepaslah lengan Hana tu. Korang tu dahlah bukan..” Mak Jah tidak jadi meneruskan percakapannya. Rahsia yang sangat besar hampir dibocorkan..
  “Bukan apa, mak?” Serentak Aiman dan Hana bertanya. Hana memandang Aiman. Aiman pula memandang Hana. Kemudiannya, mereka berdua memandang Mak Jah.
  “Tak ada apa la. Dah la tu. Jom makan,” Mak Jah menarik lengan Hana yang dalam pegangan Aiman itu.
 Hana berasa sangat pelik. ‘Ada sesuatu yang mak rahsiakan ke?’
 ‘Apasal dengan mak ni?’ Aiman tertanya-tanya.
  “Tak apa la abang. Hana tak marah pun,” Hana bersuara. Dia tersenyum manis kepada Aiman.
  “Baguslah. Abang pun nak minta maaf,” Aiman membalas senyuman Hana. Hana mengangguk tanda memaafkan Aiman.

     Mak Jah memandang pasangan adik-beradik itu dari dapur. Hampir saja aku pecah rahsia tadi. Lama-kelamaan, mereka akan tahu juga..

 Apakah yang Mak Jah rahsiakan itu?

3 comments:

  1. kali nie ltak bnyak skit...
    blan lapan bru bleh blik umah...
    nnti outing blik umah sy ltak g...
    (^_^)

    ReplyDelete
  2. bes2...cpat sket bg abeh..hehehe...:p

    ReplyDelete
  3. thanks!
    tng0k ar dlu bla bleh abis...(^_^)

    ReplyDelete

bg

cursor

Bobblehead Bunny

furby


muslimah


(^_~)v