Monday 6 June 2011

You're mine?? 1

  
“MAK! Hana dah balik! Assalamualaikum!” Jerit Hana apabila kakinya mencecah anak tangga di muka pintu rumah papan itu.
  “Mak?” Panggilnya lagi. Dia menuju ke ruang tamu rumah itu kemudiannya meletakkan beg sekolahnya di atas sofa. Haisyh! Mana mak ni? Dahlah pintu terbuka.
  “Waalaikumussalam. Oit! Apa jerit-jerit ni? Hana ni laa..”
  “Eh, abang! Bila sampai? Tak beritahu Hana pun,”ujar Hana kemudiannya mencium tangan abangnya, Aiman. Abangnya itu berada di semester akhir di UiTM Arau, Perlis dan mengambil kos Engineering.
  “Saja nak buat surprise, abang sampai pagi tadi. How’s your study?” Aiman melabuhkan punggungnya di atas sofa. Hana turut mengambil tempat di sebelah abangnya. Tudung sekolahnya ditanggalkan.
  “Okay,”jawabnya sepatah. Kemudiannya dia tersengih menampakkan pendakap giginya itu.
  “Okey aje?” Kening Aiman bertaut. Aik? Adik aku ni, result tiap-tiap ujian gempak giler! Takkan okey aje jawabnya?
  “As usual laa..Oh, ni keputusan ujian Hana yang baru-baru ni. Kejap eh,”Hana menyelongkar beg sekolahnya. Kad laporan kemajuannya dikeluarkan lalu diserahkan kepada Aiman.
  “Wah! Straight A’s tu..Abang yakin, SPM nanti mesti keputusan Hana gempak macam ni jugak,”tutur Aiman bersungguh-sungguh. Hana hanya mencebik. Yakin sangat la abang aku nih!
  “Insya-ALLAH..Eh, mak mana?” Hana memandang tepat ke arah abangnya yang sedang tekun menilik kad laporan kemajuannya.
  “Mak Ani’s shop. Erm, Hana pergi la mandi dulu. And then, makan nasi dengan abang,”

     Hana mengangguk seraya mencapai beg sekolah lalu menuju ke kamarnya. Dia melepaskan ikatan rambut ikalnya. Cermin mata berbingkai besar miliknya ditanggalkan. Dia merenung wajahnya di cermin yang sama panjang dengan ketinggiannya itu.
  “Eh,muka aku tak ada jerawat and licin lagi tuh. Cun gak. Hua..hua..Tapi bebudak kat sekolah selalu ejek aku budak skema hanya sebab aku pakai pendakap gigi, berkaca mata berbingkai besar and aku ni ulat buku. Hmm, suka hati diorang laa..Nasib ada Sarah, Naufal dan Adif. Korang la sahabat sehati sejiwa aku!” Hana tersenyum. Lekuk lesung pipitnya sebelah kanan terserlah.
     Dia kemudiannya menanggalkan pakaian sekolahnya sambil menyanyikan lagu You Belong With Me-Taylor Swift. Kain batik yang tersangkut kemas di penyidai dicapai. Elok dia hendak menyarung kain batik itu, seseorang meredah masuk ke dalam biliknya.
  “Mak!!!” Pantas Hana menarik selimut di atas katil lalu menyelubung tubuhnya yang hanya berpakaian dalam itu dengan selimut tersebut. Mukanya sudah blushing habis.
  “Eh, sori Hana. Mak suruh kasi benda ni kat Hana,”Aiman menggigit bibirnya. Yang aku redah masuk ni kenapa? Blushing dah muka Hana ni..
 Hana mengerutkan dahi. ‘Woman’s pampers’ tuh..Mak pun satu, ada ke suruh Abang Aiman bagi kat aku? Bertambah lagi merah muka Hana. Muka terasa panas.
  “Haisyh! Abang ni kan, ada ke main masuk aje!” Kata Hana dengan nada marah lalu mencapai ‘woman’s pampers’ jenama Intimate itu daripada Aiman. Aiman hanya tersengih nakal lalu mengorak langkah keluar daripada bilik Hana. Semasa Hana hendak menutup pintu biliknya, ibunya pula menuju ke arahnya.
  “Hana, tadi kenapa jerit panggil mak?” Tanya Mak Jah sambil memandang anak daranya itu dari atas ke bawah. Ni apa yang selubung dalam selimut ni?
  “Abang Aiman tadi main redah aje masuk dalam bilik Hana masa Hana tengah nak sarung kain batik. Geram betul! Eh, mak..”
  “Kenapa?”
  “Macam mana mak tahu pad Hana dah habis?” Tanya Hana separuh berbisik. Mak Jah hanya tertawa kecil.
  “Tadi pagi kan Hana suruh mak tolong belikan. Lupa ke?” Jawab Mak Jah. Hana hanya tersengih. Mak Jah terus berlalu pergi ke dapur.
     Hana menyarung kain batiknya semula. Malu dengan Aiman masih menebal. Dia terus mengambil tualanya lalu menuju ke bilik air. Dia bertembung dengan abangnya di pertengahan jalan. Hana terus menarik muka masam kemudiannya berjalan laju ke bilik air.
Hak alorhh..Merajuk la tuh,”omel Aiman sendirian.




“MAK, garam dah bubuh ke?” Tanya Hana sambil merenung adunan kek coklatnya di dalam mangkuk besar itu.
  “Dah. Lepas ni tuang dalam bekas loyang terus,” Hana mengangguk lalu menuangkan adunan itu ke dalam bekas loyang berbentuk empat segi. Bekas itu diletakkan perlahan-lahan ke dalam oven.
     Selesai menguruskan hal kek coklatnya, dia mengorak langkah ke ruang tamu lalu melabuhkan punggungnya di atas sofa. Novel bertajuk aA+bB karya Hlovate yang berada di atas meja kopi dicapai. Abangnya yang sedang menggunakan komputer riba tidak dihiraukan.
  “Hana..”Panggil Aiman. Protes tak habis-habis lagi budak ni..
  “Hana..”Panggilnya lagi. Masih tidak dihiraukan.
  “Hana, adikku sayang..”Cubanya lagi. Haisyh! Still diam lagi ler..
  “Alaa..Sori la Hana. Bukan abang sengaja pun,”pujuknya lagi. Hana hanya mendiamkan diri. Dia masih meneruskan pembacaannya.
  “Apasal merajuk-merajuk begini. Tak best ler..” Aiman geram. Novel yang berada di tangan Hana direntap.
  “Okey, what?” Akhirnya Hana bersuara. Mukanya cemberut habis.
 Aiman terus bangun. Dia terus mendendangkan lagu Sorry Sorry nyanyian asal kumpulan muzik Korea, Super Junior siap dengan gaya lagi. Hana tidak mampu menahan tawanya lagi. Buat spoil lagu aje. 1..2..3..
  “Ha ha ha!” Terburai terus tawa Hana. Aiman tersentak. Haisyh, budak ni..Orang serius ni, dia gelak pulak. Mulutnya terus muncung sedepa. Dia terus duduk di atas sofa.
  “Aisey! Merajuk pula dia,” Hana terus menuju ke arah Aiman yang sudah muncung ala Donald Duck itu dan duduk disebelahnya. Cup! Pipi kiri Aiman dicium Hana.
 Aiman tergamam. Malu jugak. Si Hana ni dah besar pun still nak kissing-kissing lagi.
  “Apasal diam?” Tanya Hana sambil merenung wajah Aiman yang persis Nichkhun, ahli kumpulan muzik Korea yang terkenal, 2PM. Comel tuh.. Begitu rapat jarak wajah mereka berdua, hanya beberapa inci saja saja.
  “Malu ek?” Sakat Hana. Muka abang kesayangannya itu merona merah.
  “Errk..Hana kan dah besar. Tak elok la..”Jawab Aiman perlahan. Dia merenung pula wajah Hana yang sedang memandang wajahnya. Dia menanggalkan cermin mata Hana. Dia turut menolak juntaian rambut Hana yang menutupi wajahnya ke belakang telinga.
    Wah! Tak sangka, cantik si Hana ni. Kulitnya putih dan bersih daripada jerawat. Hidungnya mancung manakala bibirnya merah bak delima merekah dan matanya bundar. Di saat ini,pandangan mereka bertaut. Aiman merasakan sesuatu perasaan menjalar hatinya.
 ‘Arghh! Stop it, Aiman! She’s your sister! Mengarut!’ Bentak hati Aiman.
      Hana terkaku. Tergamam. Sungguh dia rasa janggal dengan keadaan tersebut. Desah nafas Aiman kedengaran begitu jelas. Peluh mula merenik di dahi Hana. Jantung mula berdetup-detap dengan lajunya.
 ‘Wait Hana! Tak ada apa-apa pun. Abang kau ni. Jangan fikir bukan-bukan. Relax,relax..’ Hana menenangkan dirinya.

  “Assalamualaikum!” Aiman dan Hana tersentak. Mereka mengalihkan pandangan ke muka pintu. Kelihatan Sarah, Naufal dan Adif terpacak di luar rumah.
  “Waalaikumussalam,”jawab Aiman dan Hana serentak. Hana berasa lain pula. Eh! Tudung! Aku free hair ni. Adif dengan Naufal tu bukan muhrim aku tuh..Hana terus membaringkan tubuhnya di atas sofa.
  “Abang, pergi ambil tudung Hana. Korang bertiga tunggu sekejap yer..” Arah Hana. Aiman terus menuju ke bilik Hana. Tidak lama kemudian, dia tiba bersama sehelai tudung sarung berwarna hitam. Dalam keadaan berbaring itu, dia mengikat rambutnya yang panjang itu lalu memakai tudung sarung tersebut. Cermin mata dipakai semula di matanya.
  “Ada apa weyh?” Tanya Hana selepas ketiga-tiga sahabat baiknya melabuhkan punggung di atas sofa ruang tamunya.
  “Haisyh! Lupa ke kau ni?” Soalan Hana dibalas dengan soalan semula oleh Adif. Spontan, Hana teringat.
  “Oh,ya! Study group ler..” Balas Hana.
  “Nak discuss kat mana?” Tanya Sarah pula sambil menggaru kepalanya yang dilitupi tudung walaupun tidak gatal. Sori ar..aku blurr sikit..
  “Adoyaii..Kau ni buat tanya boleh. Kat port selalu ler!” Tutur Naufal yang sibuk menekan punat-punat telefon bimbitnya. Tengah main mesej la tu..
  “Okey! Gerak jom,”sampuk Sarah pula.
  “Sekejap. Aku nak ambil buku,”
 Mereka berempat terus bergerak menuju ke dusun milik bapa saudara Naufal, Pak Abu.

  

3 comments:

  1. best...
    keep up ur gud w0rk ok??
    (^_^)

    ReplyDelete
  2. woi,mna bh gi..wt bg abh ar..da la amik kyuhyun org..ish3..

    ReplyDelete
  3. >alang: sab0r ler...
    da nk blik ni...
    bguih pa kyuhun ada...mnambahkan
    kefam0usan dia...kah3

    ReplyDelete

bg

cursor

Bobblehead Bunny

furby


muslimah


(^_~)v