Saturday 18 June 2011

You're mine?? 3

BAB 5
“IBU nak minta kamu tolong tunaikan permintaan terakhir ibu ni,”ujar Tengku Mahani dengan nada suara yang lemah. Dia memandang anak lelakinya yang setia duduk disisinya itu. Pembantu-pembantu dan pengawal peribadinya yang berada di sekeliling katilnya itu tertanya-tanya.
  What? You just ask me whatever you want me to do,ibu..” Kata Lukman pula. Wajah uzur ibunya dipandang sayu.
  “Man tahu kan arwah mak su yang pernah ibu halau dulu?”
     Lukman mengangguk. Arwah adik bongsu ibunya, Tengku Mariani. Arwah ibu saudaranya itu pernah dihalau ibunya kerana hasad dengki merajai hati ibunya. Pada masa itu, Lukman masih kecil. Kini, ibunya sudah menyesal dan bertaubat.
  “Arwah ada seorang anak perempuan. Arwah datuk kamu sembunyikan budak perempuan itu selepas mak su kamu meninggal, tak silap ibu masa tu anak arwah mak su baru berumur tiga tahun. Dia takut ibu berbuat sesuatu yang kejam kat budak tu kerana budak perempuan itu kelak akan mewarisi harta arwah datuk kamu. Ibu rasa bersalah sangat.  Man tolong cari budak tu, ya. Dia berhak ke atas semua harta itu. Ibu nak dia kecapi kebahagiaannya. Tolong ibu, Man..” Pinta Tengku Mahani. Air mata jatuh bercucuran menuruni pipinya.
  “Kat Malaysia?” Tanya Lukman.
  “Ya. Tapi ibu tak tahu dia kat negeri mana. Man nanti balik Malaysia ya,”
  “Err..Puan Mahani..Lukman..” Tiba-tiba, Pak Ali, pembantu rumah itu bersuara. Semua mata tertumpu padanya.
  “Sebenarnya, arwah Tengku Hashim meng-amanahkan Puan Khatijah, bekas pembantunya agar menjaga budak itu. Tapi saya tak tahu pula di mana mereka berada,”jelas Pak Ali.
     Tengku Mahani tersenyum. Bermakna, ada harapan besar untuk Lukman menjumpai budak itu. Terima kasih Ya ALLAH, semoga anakku berjaya mencari anak saudaraku itu.
  “Lukman..sepupu kamu tu muda beberapa tahun dari kamu. Mungkin permintaan ibu ni agak keterlaluan..”Tengku Mahani menghela nafasnya perlahan sebelum meneruskan kata-katanya.
  “Apa, bu?”
  “Kalau boleh, Man kahwin dengan dia ya?” Permintaan Tengku Mahani itu membuatkan Lukman terlopong.
  “Tapi..” Belum sempat Lukman membuka mulutnya, Tengku Mahani terus mencelah. “Kalau dia atau Man ada pilihan sendiri, biarkanlah dia..Jangan memaksa dia. Yang penting, ibu nak kamu berdua bahagia. Janji ya,”
     Lukman mengangguk. Air mata ditahannya daripada jatuh. Dia harus kuat.
  “Jaga dia baik-baik ya. Anak ibu ni pun mesti kuat. Jangan lupa ALLAH. Jangan terlalu bersedih kalau ibu pergi nanti. Kamu semua jaga Lukman baik-baik ya,”pesan Tengku Mahani. Kolam mata Lukman tidak dapat dibendung lagi. Setitis demi setitis mutiara jernih turun ke pipinya.
  “Kamu semua pergi keluar dulu. Dah masa untuk ibu tidur ni. Mak Mah tolong isikan air dalam jag tu ya,”arah Lukman. Para pembantu dan pengawal peribadinya beransur-ansur keluar dari biliknya.
  “Ibu makan ubat dulu,ya..” Lukman menghulurkan beberapa biji ubat kepada ibunya. Segelas air habis diminum oleh ibunya.
  “Ibu tidur dulu. Ibu sayang Lukman..”Tengku Mahani mengusap-usap kepala Lukman dengan lembut. Kedua-dua belah pipi anaknya dicium.
  “Lukman sayang ibu juga. Terima kasih kerana sentiasa menyayangi dan menjaga Man selama ni. Sembuh cepat ya, bu..” Lukman turut mencium pipi ibunya. Selimut tebal ditarik hingga ke dada ibunya.
     Lukman memandang sayu wajah tenang ibunya yang sedang tidur lena itu. Ibunya mula insaf apabila ayahnya berkahwin lain dengan seorang perempuan yang berasal dari Eropah. Ayahnya tidak tahan dengan perangai ibunya dahulu. Dia sendiri tidak tahu di mana ayahnya berada. Keluarga ibunya begitu rumit. Keluarga sebelah ayahnya pula dia tidak pernah jumpa. Tengku Mahani ialah anak sulung dalam keluarga arwah Tengku Hashim. Dia mempunyai tiga orang adik perempuan. Mak Ngahnya, Tengku Maisara kini menetap di Indonesia bersama keluarga suaminya. Mak Langnya, Tengku Marisah pula berada di Malaysia. Mereka berdua tidak mempedulikan keadaan Tengku Mahani kerana perbuatannya menghalau arwah Tengku Mariani dahulu. Ibunya pula kini menghidap penyakit jantung. Hayat hidupnya tidak lama lagi.

LAMA Lukman berteleku di atas tikar sejadah. Memohon kepada ALLAH S.W.T. agar menyembuhkan penyakit ibunya. Tiba-tiba, Mak Mah meluru masuk ke dalam biliknya. Mukanya tampak cemas sekali.
  “Man, Puan Mahani..” Tanpa sempat Mak Mah menghabiskan ayatnya, Lukman terus menuju ke bilik ibunya. Jantungnya mula berdegup kencang. Ibunya sedang terbaring lesu di atas katil.
  “Ibu!!” Lukman terus memeluk tubuh kaku ibunya. Pipi ibunya ditampar perlahan-lahan. Namun, tiada respons. Lukman mula meraung bagai histeria. Dia menangis teresak-esak di sisi Tengku Mahani. Ibunya sudah pergi! Pergi meninggalkan dunia ini!
  “Sabar Lukman..Kan ibu dah pesan, jangan terlalu bersedih. Sabar ya, nak..” Mak Mah menenangkan Lukman sambil memeluknya. Pipinya sendiri sudah lencun dicemari air mata.
  “Kenapa ibu tinggalkan Man? Kenapa, bu! Bangunlah! Man tak ada sesiapa lagi, ibu! Kalau ibu pergi, siapa nak temankan Lukman?” Jerit Lukman. Bilik itu gamat dengan tangisan penghuni rumah itu.
  “Man ada kami semua. Ada Mak Mah, Pak Ali..Semua di sini sayangkan Lukman..”Ucap Mak Mah. Para pembantu rumah itu mengangguk-anggukkan kepala.
     Pandangan Lukman mula kabur. Lama kelamaan, dunianya menjadi gelap...

BAB 6
LUKMAN termenung melihat pemandangan bukit-bakau di balkoni biliknya. Dia berasa sungguh lemah kini. Dunianya seakan kosong. Sudah tiga bulan ibunya pergi meninggalkannya. Selama itulah, Lukman enggan keluar dari biliknya. Semua urusan pejabat diserahkan kepada setiausahanya.
     Tengku Maisara dan Tengku Marisah mengetuk-ngetuk pintu bilik Lukman. Tombol pintu dipulasnya. Nasib baik tidak berkunci. Lukman tidak mempedulikan kedua-dua ibu saudaranya itu. Tengku Maisara dan adiknya perlahan-lahan bergerak ke arah Lukman. Bahu Lukman ditepuknya perlahan. Sayu sungguh dia melihat keadaan anak saudaranya itu. Dia berasa sungguh bersalah kerana dahulu tidak sekali pun dia menjenguk arwah kakaknya, Tengku Mahani. Begitu juga dengan Tengku Marisah. Oleh sebab amarah, dia tidak pernah mempedulikan arwah Tengku Mahani.
  “Man..Stop being like this. You must be strong. You must let your sadness go away. You had promised your mother not to be so sad like this, right?” Tutur Tengku Maisara.
  What did you know about it? You never visited my mother even for once. And now you want to advise me? Hah! What kind of sisters are you, huh?! My mother and I suffered very much. Without anybody by our side! ” Bentak Lukman. Dia sudah tidak kenal erti sopan lagi. Buat apa mahu bersopan dengan orang yang tidak berhati perut seperti ibu-ibu saudaranya itu? Dulu, berkali-kali arwah ibunya memohon ampun daripada mereka, tapi tidak pernah mereka mempedulikannya.
  “Lukman..Mak Lang minta maaf sangat. Mak Lang sungguh kejam membiarkan kamu berdua bersendirian di sini. Sekarang biarlah kami menebusnya dengan menjaga Lukman. I’m begging you,” pinta Tengku Marisah bersungguh-sungguh.
  “Apa yang Mak Ngah dan Mak Lang rasa sekarang ni, itulah yang arwah ibu rasa dulu. Memohon ampun bagaikan kucing kurap, tapi tak dipedulikan. Itulah yang arwah Tengku Mahani pernah rasa,” nada suara Lukman mula merendah. Sudah puas dia menjerit dan meraung selama ini. Air matanya bagaikan sudah kering. Selama itu juga, Tengku Maisara dan Tengku Marisah merayu agar dimaafkan.
  “Kami tahu, Man. Kalau Man tahu bagaimana arwah ibu rasa dulu, kenapa Man tak maafkan kami? Perlukah Man mengulangi semula kesilapan kami dulu? Perlu ke? Man ingat, ibu Man suka ke Man bersikap begini?” Pujuk Tengku Maisara lagi.
     Lukman terkedu. Kata-kata ibu saudaranya itu ada benarnya. Kenapa pula dia harus mengulangi itu semua?
  “Kalau Lukman tak mahu menerima kami, sekurang-kurangnya maafkanlah kami. Kami tahu kami tidak diperlukan langsung. Kami pergi dulu..” Ujar Tengku Marisah perlahan. Kalau dia terus memujuk Lukman pun, bukannya Lukman akan menerima.
  “Kalau Mak Ngah dan Mak Lang pergi, siapa nak teman Lukman?” Tanya Lukman perlahan kemudiannya mengukirkan senyuman. Kali pertama Lukman gembira selepas pemergian ibunya. Tengku Maisara dan Tengku Marisah yang tadi hendak menuju ke muka pintu, terus berpaling memeluk Lukman. Teresak-esak mereka menangis terharu di situ.
  “Maafkan Lukman kerana berdegil selama ini..Jangan tinggalkan Lukman,ya”
  “Tak ada kesalahan yang kamu lakukan terhadap kami. Kami takkan tinggalkan kamu, ya sayang,”kata Tengku Maisara. Tengku Marisah hanya mengangguk.
  “Man sekarang pergi bersihkan diri. Nanti kita balik Malaysia. Kan Lukman dah janji nak cari anak perempuan arwah Mak Su kan? Sekarang, pergi mandi..Busuk macam kambing gurun dah ni. Kemudian, turun sarapan kat bawah. Flight kita akan berlepas pukul 4 petang nanti,”ujar Tengku Marisah sambil mengusap kepala anak saudaranya itu penuh kasih. Dia dan kakaknya terus berlalu dari bilik itu dengan perasaan gembira.

1 comment:

bg

cursor

Bobblehead Bunny

furby


muslimah


(^_~)v