“SELAMAT datang, Datin Lynna. Apa khabarnya?” Kedengaran sinis saja suara Puan Sri Laila menyambut kedatangan musuh tradisinya. Datin Lynna tu tak habis-habis nak bersaing dengannya. Entah apa masalahnya, tak tahu la..
“Khabar baik! Selamat hari lahir. Ni hadiah saya, rantai tangan Swarovski original tau! Jaga elok-elok, mahal ni!” Datin Lynna menghulurkan hadiahnya kepada Puan Sri Laila. Dia terus berlalu meninggalkan Puan Sri Laila.
Puan Sri Laila mencebik. Poyo la janda gedik tu! Tiba-tiba matanya tertancap kepada seseorang. Rossa! Dia meluru mendapatkan anaknya itu. Rossa mencium tangan dan pipi ibunya.
“Happy birthday, ma! May Allah bless you..ni hadiah untuk mama..” Rossa menghulurkan beg kertas yang mengandungi dress untuk ibunya.
Puan Sri Laila mengeluarkan dress itu sedikit dari dalam beg itu. Cantiknya! “Wah! Pandai Rossa pilih..memang taste mama ni! Hmm, mana dia?” Puan Sri Laila tercari-cari orang yang dimaksudkannya. Takkan Rossa dah lupa?
“Assalamualaikum, Puan Sri..”
Puan Sri Laila berpaling ke belakang. “Waalaikumussalam..” Hatinya melompat kegembiraan. Ni la orangnya! Bergayanya bakal menantu aku..handsome macam orang Korea pulak tu! Haha! Tapi kan..jauh beza stail dia dengan Rossa yang old-fashioned tu! Tak apa la. Yang penting..alhamdulillah, sampai jugak jodoh Rossa. Kerja apa agaknya? Hmm, tak kisah la dia ni kerja apa pun, asalkan halal sudah..
“Happy birthday, Puan Sri..semoga Allah panjangkan umur. Saya Ashraf Aiman. Puan Sri boleh panggil saya Ash, saja..” Ashraf memainkan wataknya bersungguh-sungguh. Kalau tidak kerana inginkan kerjasama dengan Blitz Textile, tak adanya dia nak tolong cik puan sorang tu!
“Tak payah la, Puan Sri segala..panggil mama saja. Hensemnya Ash ni..dah lama mama teringin nak tengok bakal menantu mama. Si Rossa ni sibuk betul dengan kerjanya tu, sampai tak ada masa nak penuhkan impian mama ni..” Ujar Puan Sri Laila.
“Saya pun dah banyak kali beritahu kat Rossa yang saya nak jumpa parents dia. Tapi, banyak betul alasannya. Saya pun rasa bersalah. We’ve been in a relationship for about one year. Alhamdulillah, boleh jugak saya jumpa dengan Pua..ehh..mama..” Hmm, pandailah kau, Ash! Rossa dah bagi jelingan ‘death note’. Rossa memberi isyarat jangan-over-sangat!
“Hmm, macam tu la Rossa ni..kerja kat office dia yang berlambak-lambak tu macam boyfriend dia. Yang tu jugak dia nak pulunkan. Hah, lupa nak tanya! Rossa, sejak bila pulak pandai pilih baju ni? Cantik dress ni!” Wajah Puan Sri Laila bersinar-sinar kegembiraan. Bling! Bling!
“Actually dress ni Ashraf yang design. Dia jugak yang pilih untuk mama.” Ujar Rossa. Sah-sah Ashraf kena puji free dengan mama..
“Oh, ya?! Tangan berseni la kamu ni, Ash..cantik bebenor! So, Ash ni fashion designer la..nama apa butik kamu?”
Ashraf tersenyum bangga. Heh! Ini Ashraf, si pemilik tangan yang berseni! “Namanya Ashyle. Gabungan ‘Ashraf’ dengan ‘Style’. Tapi, saya baru saja berjinak-jinak. Sebelum ni tak ada peluang nak bukak butik sendiri sebab ada masalah sedikit. Alhamdulillah, sekarang dah ada peluang. Saya seronok sangat yang Puan…eh, sorry..mama suka dengan dress design terbaru saya tu..”
Puan Sri Laila tersenyum. Si Ashraf ni agak ‘lemah-lembut’ orangnya. Peramah pulak tu! Tapi dia tidak kisah. Kalau dah memang sifat semulajadinya begitu, apa boleh buat..lagipun boleh Rossa belajar jadi lembut sedikit. Ini tidak, 24 jam tunjuk muka batu dia tu..
Rossa tersenyum juga. Tapi senyum plastik saja. Pandai jugak Si Ashraf ni berlakon. Terlebih peramah la pulak. Tapi, aku dah pesan tadi jangan ‘serlahkan’ sangat ‘kelembutan’ dia tu! Hisy! “Papa mana?”
“Papa ada kat dalam. Biasalah, kalau dah jumpa kawan-kawan dia tu….hah, pergilah masuk. Selamat menjamu selera, ya…nanti mama join kamu.”
“Jom,” Rossa melangkah pergi terlebih dahulu. Ashraf membuntuti langkah cik puan sorang tu. Rossa mencari-cari kelibat papa. Mana papa ni? Hah, jumpak pun!
“Assalamualaikum, papa!” Sapa Rossa. Perbualan papanya bersama kawan-kawan korporatnya terhenti. Tan Sri Aziz tersenyum segaris.
“Waalaikumussalam. Sampai pun kamu, Rossa..” Tangannya dicium oleh Rossa, anaknya yang sorang ni. Dia memandang pemuda di sebelah Rossa. Siapa pulak ni? Dah maju dah Rossa ni..
“Ni bakal menantu papa, kan?” Belum sempat Rossa memperkenalkan Ashraf, suatu suara menyapa mereka.
“Hi, Rossa! What’s up? Missing you big time, my honeypie!”
“Ryan!” Rossa menunjukkan riak wajah yang sungguh excited sejenak dan kemudian bertukar serius. Budak ni memang la! “Assalamualaikum, Ryan. You know what?! You should get rid of your ‘western manners’ now. You’ve grown up and you should’ve known better. Dah lupa adat dan adab, huh?!” ujar Rossa tegas. Dia faham dan tahu bahawa Ryan,sepupunya itu dilahirkan dan dibesarkan di California tapi ibu bapanya Melayu tulen. Rossa juga tahu bahawa ibu bapa Ryan banyak mengajarnya tentang adat-adat ketimuran. Tapi itulah, Ryan dah overly-adapted dengan suasana di sana. Sampai dah umur 28 tahun pun tak boleh ubah lagi.
Ryan tersengih malu. “Waalaikumussalam. Sorry, honeypie. Seriously, you shouldn’t have greeted me with your so-called nagging. Penat I datang jauh-jauh and apa yang I dapat hanyalah leteran you? At least, use better words when you nag. Trust me, I’ll be so grateful of it,”balas Ryan pula. Tahulah dia salah pun tapi tegur la baik-baik. Rossa ni memanglah..
“Dahlah, Ryan. You ni kacau line la, orang nak
cakap something kat papa ni! Hah, papa..kenalkan ni Ashraf, err..my about
one-year partner.” Rossa mengoyak senyuman yang sungguhlah plastik. Tan Sri
Aziz tersenyum dan bersalaman dengan Ashraf. Mereka berdua berkesempatan
berbual ringkas. Ryan membuntangkan matanya dan memandang Rossa dengan
pandangan ‘why I haven’t known ‘bout this?’. Rossa hanya membalasnya dengan
menjungkit bahunya. Tidak lama kemudian, Tan Sri Aziz berundur dari situ untuk
melayan tetamu yang baru datang.
Ashraf memandang Ryan. Dia merasakan bahawa
dia pernah berjumpa dengan pemuda ini. Ah! Ashraf terkejut. Takkan dia..Betul
la dia!!!
“Rossa, what the..?? Sudah 6 bulan I tak balik
Malaysia, and sekarang you bawak balik your soon-to-be spouse and you’ve been
about one year in this relationship?! I don’t know what to say..but you owe me
such a biggie story!” Ryan amat terkejut dengan cerita yang tidak
disangka-sangka ini. Dia melarikan pandangannya ke arah Ashraf. His face looks
familiar…kat mana aku pernah jumpa ya??
“I’m sorry, Ryan. Tak
perlu kot rasanya untuk I cerita panjang-panjang kat you. Yang penting I dah
hapuskan semua tanggapan orang lain kat I termasuk you. Tanggapan yang kononnya
I ni anak dara tak lakulah, kan?”balas Rossa sinis. Yalah, si Ryan tu memang suka
sangat perli aku kan bab sensitif ni. Ryan ni playboy, y’all know?
Bertukar-tukar perempuan..kalah bayi bertukar-tukar lampin tau! Eh?
Ryan hanya tersengih. “By the way,
Ashraf..kita pernah jumpa kat mana-mana ke? Serious aku rasa aku pernah jumpa
kau,”kata Ryan. Untuk pengetahuan semua, Ryan akan bahasakan aku-kau apabila
bercakap dengan lelaki. I-you hanyalah untuk kaum wanita. Itulah lumrah seorang
playboy..
Ashraf mula berasa
tidak senang hati. Allah, macam mana ni..Kenapa dia perlu bertemu dengan Ryan
lagi? Kenapa?!! “Err..saya rasa tak pernah kot. Seriously tak pernah!”
Ryan mengangkat
keningnya. “Okay, relaks la..tak payahlah bersaya-awak pulak..aku-kau sudahlah.
You’re acting weird, y’know?”
Rossa berasa pelik
dengan Ashraf yang tiba-tiba gelabah tak tentu pasal itu. “Stop it, Ryan. Dahlah,
jom Ashraf. Awak tak makan lagi kan?” Ajak Rossa. Kalau dibiarkan lama-lama
dengan si Ryan ni, entah apa pulak akan jadi. Ryan ni bercabang-cabang akalnya
tu.
“O..Okay..jom!”
Cepat-cepat dia mengikut langkah Rossa. Dia tidak mahu berada dengan Ryan
terlalu lama. Dia tidak mahu teringat akan kenangan lama. The past is never
gonna die, rite?
Ryan tersenyum sinis
sambil memandang pasangan itu berlalu pergi. I’ve remembered about you, Ashraf.
I do..
“WAH,
Encik Ashraf! Nice to meet you! Terima kasih banyak-banyak sebab sudi terima
kakak saya yang sungguhlah garang ni. Kakak saya yang bagaikan Ice Queen ni
rasanya T-Rex pun takut nak dekat. Tapi, nasib baiklah dengan kehadiran encik
ni, kakak saya yang bagaikan Ice Queen ini mampu dicairkan..”Reesa bermadah
panjang sebaik sahaja diperkenalkan dengan Ashraf yang sangatlah handsome ni!
Rossa menampar lengan
Reesa. Dihadiahkan jelingan ‘death note’ kepada adiknya yang ter‘chenta’ itu.
Bukan main kau kan?!! Ice Queen?!
Ashraf cuba menahan
tawa. Ice Queen..memang sesuai sangat dengan dia ni. Padan dengan muka kau!
Tidak lama kemudian, Puan
Sri Laila naik ke atas mini stage dan mencapai mikrofon untuk memberi sebuah
ucapan ringkas. “Assalamualaikum semua.
Syukur ke hadrat-Nya, saya dipanjangkan umur sehingga kini. Alhamdulilah juga
kerana DIA telah meminjamkan saya sebuah keluarga yang bahagia, kesihatan yang
baik dan segala kemewahan ini. Terima kasih juga kepada semua kerana sudi hadir
ke majlis ini. Dan Alhamdulillah, hari ni..saya dapat berjumpa dengan bakal
menantu saya, Ashraf. Rossa, Ashraf..come here!”
Semua mata tertumpu ke arah Ashraf dan
Rossa. Rossa yang sedang meneguk air hampir tersedak. Ashraf pula sudah
terlepas sudu daripada tangannya. Ashraf melarikan pandangan ke wajah Rossa.
Rossa mengangguk. Mereka lambat-lambat berjalan ke arah mini stage itu. Suasana gamat dengan
tepukan gemuruh para tetamu. Mereka berdua berdiri di sisi Puan Sri Laila
sambil tersenyum paksa. Muka terasa panas sudah!
Datin Lynna mengecilkan matanya.
Eh?! Tu bukan..“ASHRAF?!!!”
Semua mata tertancap pada
Datin Lynna. Ashraf membuntangkan matanya. Allah! Macam mana janda gedik tu
boleh ada kat sini!! Dia meraup wajahnya. Dia memandang pula Rossa. Ah,sudah!
Dia dah mula bagi renungan ‘death note’nya itu. Datin Lynna meluru ke hadapan
stage. Wajahnya tak perlu ceritalah..merah menyinga!
“Ashraf, why?!! You betrayed
my love?!! How dare you!”tempik Datin Lynna.
Ashraf mengeluh. Sabar..sabar..
“Datin, I never love you so why’re you saying that I betrayed your love? Stop
embrassing yourself! Baik datin minta maaf dengan bakal ibu mertua dan bakal
isteri saya. It’s terrible that you’re ruining their event!” Ujar Ashraf tegas.
Rossa tersenyum sedikit. Bangga pula aku..
“WHAT?!! You…!!”Datin Lynna
menempik lagi.
“Lynna! Enough! What’s wrong
with you? Tak habis-habis kau ni kan? Tak cukup kacau hidup aku, sekarang kau
nak kacau hidup anak aku pulak? Untuk pengetahuan kau, by this month diorang
akan bertunang sekaligus bernikah! Kau tak ada hak nak kacau bakal menantu aku!”
Tegas Puan Sri Laila. Ambik kau!! Selama ni kau asyik malukan aku, sekarang
giliran kau pulak!
Ashraf dan Rossa terkesima
dengan statement Puan Sri Laila itu. NO WAY?!! Bulan ni? Tunang? Nikah? Ryan turut terkejut. Reesa sudah ternganga. Biar benar mama ni?? Tan Sri Aziz mengurut-urut kepalanya. Adoi, bini aku ni..
Datin Lynna sudah tidak
terkata apa. Dia menghembus nafas kasar dan terus berhambus pergi. You’ll pay
for this!!!
No comments:
Post a Comment