Tuesday, 13 August 2013

OMH! (2)



“SELAMAT datang, Datin Lynna. Apa khabarnya?” Kedengaran sinis saja suara Puan Sri Laila menyambut kedatangan musuh tradisinya. Datin Lynna tu tak habis-habis nak bersaing dengannya. Entah apa masalahnya, tak tahu la..

                            “Khabar baik! Selamat hari lahir. Ni hadiah saya, rantai tangan Swarovski original tau! Jaga elok-elok, mahal ni!” Datin Lynna menghulurkan hadiahnya kepada Puan Sri Laila. Dia terus berlalu meninggalkan Puan Sri Laila.

                            Puan Sri Laila mencebik. Poyo la janda gedik tu! Tiba-tiba matanya tertancap kepada seseorang. Rossa! Dia meluru mendapatkan anaknya itu. Rossa mencium tangan dan pipi ibunya.

                             “Happy birthday, ma! May Allah bless you..ni hadiah untuk mama..” Rossa menghulurkan beg kertas yang mengandungi dress untuk ibunya.

                             Puan Sri Laila mengeluarkan dress itu sedikit dari dalam beg itu. Cantiknya! “Wah! Pandai Rossa pilih..memang taste mama ni! Hmm, mana dia?” Puan Sri Laila tercari-cari orang yang dimaksudkannya. Takkan Rossa dah lupa?

                             “Assalamualaikum, Puan Sri..”

                             Puan Sri Laila berpaling ke belakang. “Waalaikumussalam..” Hatinya melompat kegembiraan. Ni la orangnya! Bergayanya bakal menantu aku..handsome macam orang Korea pulak tu! Haha! Tapi kan..jauh beza stail dia dengan Rossa yang old-fashioned tu! Tak apa la. Yang penting..alhamdulillah, sampai jugak jodoh Rossa. Kerja apa agaknya? Hmm, tak kisah la dia ni kerja apa pun, asalkan halal sudah..

                             “Happy birthday, Puan Sri..semoga Allah panjangkan umur. Saya Ashraf Aiman. Puan Sri boleh panggil saya Ash, saja..” Ashraf memainkan wataknya bersungguh-sungguh. Kalau tidak kerana inginkan kerjasama dengan Blitz Textile, tak adanya dia nak tolong cik puan sorang tu!

                             “Tak payah la, Puan Sri segala..panggil mama saja. Hensemnya Ash ni..dah lama mama teringin nak tengok bakal menantu mama. Si Rossa ni sibuk betul dengan kerjanya tu, sampai tak ada masa nak penuhkan impian mama ni..” Ujar Puan Sri Laila.

                             “Saya pun dah banyak kali beritahu kat Rossa yang saya nak jumpa parents dia. Tapi, banyak betul alasannya. Saya pun rasa bersalah. We’ve been in a relationship for about one year. Alhamdulillah, boleh jugak saya jumpa dengan Pua..ehh..mama..” Hmm, pandailah kau, Ash! Rossa dah bagi jelingan ‘death note’. Rossa memberi isyarat jangan-over-sangat!

                             “Hmm, macam tu la Rossa ni..kerja kat office dia yang berlambak-lambak tu macam boyfriend dia. Yang tu jugak dia nak pulunkan. Hah, lupa nak tanya! Rossa, sejak bila pulak pandai pilih baju ni? Cantik dress ni!” Wajah Puan Sri Laila bersinar-sinar kegembiraan. Bling! Bling!

                             “Actually dress ni Ashraf yang design. Dia jugak yang pilih untuk mama.” Ujar Rossa. Sah-sah Ashraf kena puji free dengan mama..

                             “Oh, ya?! Tangan berseni la kamu ni, Ash..cantik bebenor! So, Ash ni fashion designer la..nama apa butik kamu?”
                             Ashraf tersenyum bangga. Heh! Ini Ashraf, si pemilik tangan yang berseni! “Namanya Ashyle. Gabungan ‘Ashraf’ dengan ‘Style’. Tapi, saya baru saja berjinak-jinak. Sebelum ni tak ada peluang nak bukak butik sendiri sebab ada masalah sedikit. Alhamdulillah, sekarang dah ada peluang. Saya seronok sangat yang Puan…eh, sorry..mama suka dengan dress design terbaru saya tu..”

                             Puan Sri Laila tersenyum. Si Ashraf ni agak ‘lemah-lembut’ orangnya. Peramah pulak tu! Tapi dia tidak kisah. Kalau dah memang sifat semulajadinya begitu, apa boleh buat..lagipun boleh Rossa belajar jadi lembut sedikit. Ini tidak, 24 jam tunjuk muka batu dia tu..

                             Rossa tersenyum juga. Tapi senyum plastik saja. Pandai jugak Si Ashraf ni berlakon. Terlebih peramah la pulak. Tapi, aku dah pesan tadi jangan ‘serlahkan’ sangat ‘kelembutan’ dia tu! Hisy! “Papa mana?”

                             “Papa ada kat dalam. Biasalah, kalau dah jumpa kawan-kawan dia tu….hah, pergilah masuk. Selamat menjamu selera, ya…nanti mama join kamu.”

                             “Jom,” Rossa melangkah pergi terlebih dahulu. Ashraf membuntuti langkah cik puan sorang tu. Rossa mencari-cari kelibat papa. Mana papa ni? Hah, jumpak pun!

                             “Assalamualaikum, papa!” Sapa Rossa. Perbualan papanya bersama kawan-kawan korporatnya terhenti. Tan Sri Aziz tersenyum segaris.

                             “Waalaikumussalam. Sampai pun kamu, Rossa..” Tangannya dicium oleh Rossa, anaknya yang sorang ni. Dia memandang pemuda di sebelah Rossa. Siapa pulak ni? Dah maju dah Rossa ni..

                             “Ni bakal menantu papa, kan?” Belum sempat Rossa memperkenalkan Ashraf, suatu suara menyapa mereka.
                             “Hi, Rossa! What’s up? Missing you big time, my honeypie!”

                            “Ryan!” Rossa menunjukkan riak wajah yang sungguh excited sejenak dan kemudian bertukar serius. Budak ni memang la! “Assalamualaikum, Ryan. You know what?! You should get rid of your ‘western manners’ now. You’ve grown up and you should’ve known better. Dah lupa adat dan adab, huh?!” ujar Rossa tegas. Dia faham dan tahu bahawa Ryan,sepupunya itu dilahirkan dan dibesarkan di California tapi ibu bapanya Melayu tulen. Rossa juga tahu bahawa ibu bapa Ryan banyak mengajarnya tentang adat-adat ketimuran. Tapi itulah, Ryan dah overly-adapted dengan suasana di sana. Sampai dah umur 28 tahun pun tak boleh ubah lagi.

                           Ryan tersengih malu. “Waalaikumussalam. Sorry, honeypie. Seriously, you shouldn’t have greeted me with your so-called nagging. Penat I datang jauh-jauh and apa yang I dapat hanyalah leteran you? At least, use better words when you nag. Trust me, I’ll be so grateful of it,”balas Ryan pula. Tahulah dia salah pun tapi tegur la baik-baik. Rossa ni memanglah..

                           “Dahlah, Ryan. You ni kacau line la, orang nak cakap something kat papa ni! Hah, papa..kenalkan ni Ashraf, err..my about one-year partner.” Rossa mengoyak senyuman yang sungguhlah plastik. Tan Sri Aziz tersenyum dan bersalaman dengan Ashraf. Mereka berdua berkesempatan berbual ringkas. Ryan membuntangkan matanya dan memandang Rossa dengan pandangan ‘why I haven’t known ‘bout this?’. Rossa hanya membalasnya dengan menjungkit bahunya. Tidak lama kemudian, Tan Sri Aziz berundur dari situ untuk melayan tetamu yang baru datang. 

                          Ashraf memandang Ryan. Dia merasakan bahawa dia pernah berjumpa dengan pemuda ini. Ah! Ashraf terkejut. Takkan dia..Betul la dia!!!

                          “Rossa, what the..?? Sudah 6 bulan I tak balik Malaysia, and sekarang you bawak balik your soon-to-be spouse and you’ve been about one year in this relationship?! I don’t know what to say..but you owe me such a biggie story!” Ryan amat terkejut dengan cerita yang tidak disangka-sangka ini. Dia melarikan pandangannya ke arah Ashraf. His face looks familiar…kat mana aku pernah jumpa ya??

                          “I’m sorry, Ryan. Tak perlu kot rasanya untuk I cerita panjang-panjang kat you. Yang penting I dah hapuskan semua tanggapan orang lain kat I termasuk you. Tanggapan yang kononnya I ni anak dara tak lakulah, kan?”balas Rossa sinis. Yalah, si Ryan tu memang suka sangat perli aku kan bab sensitif ni. Ryan ni playboy, y’all know? Bertukar-tukar perempuan..kalah bayi bertukar-tukar lampin tau! Eh? 

                         Ryan hanya tersengih. “By the way, Ashraf..kita pernah jumpa kat mana-mana ke? Serious aku rasa aku pernah jumpa kau,”kata Ryan. Untuk pengetahuan semua, Ryan akan bahasakan aku-kau apabila bercakap dengan lelaki. I-you hanyalah untuk kaum wanita. Itulah lumrah seorang playboy..

                         Ashraf mula berasa tidak senang hati. Allah, macam mana ni..Kenapa dia perlu bertemu dengan Ryan lagi? Kenapa?!! “Err..saya rasa tak pernah kot. Seriously tak pernah!”

                        Ryan mengangkat keningnya. “Okay, relaks la..tak payahlah bersaya-awak pulak..aku-kau sudahlah. You’re acting weird, y’know?” 

                        Rossa berasa pelik dengan Ashraf yang tiba-tiba gelabah tak tentu pasal itu. “Stop it, Ryan. Dahlah, jom Ashraf. Awak tak makan lagi kan?” Ajak Rossa. Kalau dibiarkan lama-lama dengan si Ryan ni, entah apa pulak akan jadi. Ryan ni bercabang-cabang akalnya tu.

                        “O..Okay..jom!” Cepat-cepat dia mengikut langkah Rossa. Dia tidak mahu berada dengan Ryan terlalu lama. Dia tidak mahu teringat akan kenangan lama. The past is never gonna die, rite? 

                        Ryan tersenyum sinis sambil memandang pasangan itu berlalu pergi. I’ve remembered about you, Ashraf. I do..


“WAH, Encik Ashraf! Nice to meet you! Terima kasih banyak-banyak sebab sudi terima kakak saya yang sungguhlah garang ni. Kakak saya yang bagaikan Ice Queen ni rasanya T-Rex pun takut nak dekat. Tapi, nasib baiklah dengan kehadiran encik ni, kakak saya yang bagaikan Ice Queen ini mampu dicairkan..”Reesa bermadah panjang sebaik sahaja diperkenalkan dengan Ashraf yang sangatlah handsome ni!

                       Rossa menampar lengan Reesa. Dihadiahkan jelingan ‘death note’ kepada adiknya yang ter‘chenta’ itu. Bukan main kau kan?!! Ice Queen?!

                       Ashraf cuba menahan tawa. Ice Queen..memang sesuai sangat dengan dia ni. Padan dengan muka kau!

                     Tidak lama kemudian, Puan Sri Laila naik ke atas mini stage dan mencapai mikrofon untuk memberi sebuah ucapan ringkas.  “Assalamualaikum semua. Syukur ke hadrat-Nya, saya dipanjangkan umur sehingga kini. Alhamdulilah juga kerana DIA telah meminjamkan saya sebuah keluarga yang bahagia, kesihatan yang baik dan segala kemewahan ini. Terima kasih juga kepada semua kerana sudi hadir ke majlis ini. Dan Alhamdulillah, hari ni..saya dapat berjumpa dengan bakal menantu saya, Ashraf. Rossa, Ashraf..come here!” 

                  Semua mata tertumpu ke arah Ashraf dan Rossa. Rossa yang sedang meneguk air hampir tersedak. Ashraf pula sudah terlepas sudu daripada tangannya. Ashraf melarikan pandangan ke wajah Rossa. Rossa mengangguk. Mereka lambat-lambat berjalan ke  arah mini stage itu. Suasana gamat dengan tepukan gemuruh para tetamu. Mereka berdua berdiri di sisi Puan Sri Laila sambil tersenyum paksa. Muka terasa panas sudah!

                  Datin Lynna mengecilkan matanya. Eh?! Tu bukan..“ASHRAF?!!!” 

                  Semua mata tertancap pada Datin Lynna. Ashraf membuntangkan matanya. Allah! Macam mana janda gedik tu boleh ada kat sini!! Dia meraup wajahnya. Dia memandang pula Rossa. Ah,sudah! Dia dah mula bagi renungan ‘death note’nya itu. Datin Lynna meluru ke hadapan stage. Wajahnya tak perlu ceritalah..merah menyinga!

                  “Ashraf, why?!! You betrayed my love?!! How dare you!”tempik Datin Lynna.

                   Ashraf mengeluh. Sabar..sabar.. “Datin, I never love you so why’re you saying that I betrayed your love? Stop embrassing yourself! Baik datin minta maaf dengan bakal ibu mertua dan bakal isteri saya. It’s terrible that you’re ruining their event!” Ujar Ashraf tegas. Rossa tersenyum sedikit. Bangga pula aku..

                  “WHAT?!! You…!!”Datin Lynna menempik lagi.

                  “Lynna! Enough! What’s wrong with you? Tak habis-habis kau ni kan? Tak cukup kacau hidup aku, sekarang kau nak kacau hidup anak aku pulak? Untuk pengetahuan kau, by this month diorang akan bertunang sekaligus bernikah! Kau tak ada hak nak kacau bakal menantu aku!” Tegas Puan Sri Laila. Ambik kau!! Selama ni kau asyik malukan aku, sekarang giliran kau pulak!

                  Ashraf dan Rossa terkesima dengan statement Puan Sri Laila itu. NO WAY?!! Bulan ni? Tunang? Nikah? Ryan turut terkejut. Reesa sudah ternganga. Biar benar mama ni?? Tan Sri Aziz mengurut-urut kepalanya. Adoi, bini aku ni..

                  Datin Lynna sudah tidak terkata apa. Dia menghembus nafas kasar dan terus berhambus pergi. You’ll pay for this!!!  
                            


Thursday, 13 December 2012

OMH! (1)




ROSSA memandang Nadia lama. Nadia hanya menunduk. 'Habislah, aku..' hatinya berbisik. Rossa membelek-belek dokumen itu sekali lagi. Kepalanya diurut sedikit.

          "Macam mana awak buat kerja ni, hah? Banyak supplies hilang kat laundry room. Dah masuk 4 kali dah. Awak sebagai ketua bahagian laundry, macam mana boleh lepas mata?"Tegas Rossa bertutur. Matanya yang terlindung di sebalik cermin mata berbingkai tebal memandang Nadia tajam.

          "S..ss..saya pun b..bb..baru.."


          Rossa menepuk meja dengan kuat. "Sejak bila awak jadi gagap ni, hah?!"

          Nadia telan air liur. Mak oii, singa ni! "Benda ni baru jadi saja. Saya baru saja dapat tahu. Saya akan cari dalangnya, saya janji! I promise that this will never happen again! I'm so sorry.."


          Rossa mengeluh. "Kali pertama hari tu, awak janji. Tapi, jadi lagi. Kali kedua pun sama..then it happened again. Again and again!"

          "Saya janji..this is the last one! Tolonglah, Cik Rossa.."Nadia merayu.


          "Okey, takpe..but I warn you, for the last time...kalau awak tak dapat settle perkara ni, saya akan bawak perkara ni ke pihak atasan. Saya dah tak ada pilihan lagi. Sebelum ni, saya berdiam diri saja malahan saya yang ganti supplies yang hilang tu. Kali ni, no compromise lagi!"Tegas Rossa. Telinga dah berasap-asap dah ni!

          "Baiklah, Cik Rossa. Terima kasih banyak-banyak. Sorry again.."Nadia tunduk tanda hormat. Kakinya dah terketar-ketar. Executive Manager JK Hotel. Cik Rossa Ariana...Nama yang cukup lembut. Tapi...indah khabar dari rupa. Orangnya garang mengalahkan singa.Nama saja Executive Manager, tapi tak bergaya langsung! Skema memanjang.

           “Tunggu apa lagi, keluar la!” Nadia cepat-cepat keluar dari bilik itu. Setelah keluar dari bilik itu, barulah dia dapat menghirup oksigen secukupnya. Alhamdulillah…




ASHRAF tekun memerah otak. ‘Allah, aku dah tak ada idea ni..’ Pensilnya dipusing-pusing. Buku lakarannya hanya direnung.

           “Assalamuaalaikum..”

          Ashraf mengangkat kepala. “Waalaikumussalam..eh, Datin Lynna!” Dia bangun menyambut kedatangan pelanggan ‘istimewa’ itu.

          Datin Lynna tersenyum sambil menghulur tangan untuk bersalaman. Ashraf mengangkat kening sebelah. Dia buat dah..

           “Maaf la Datin.. bukan muhrim. Buat-buat lupa pulak Datin ni..” Ashraf mencebik. Bukan nak perasan, tapi memang reality..si Datin ni minat kat dia. Ashraf saja buat tak perasan. Kebulur sangat la dia kat janda berumur dekat setengah abad ni..

            Datin Lynna mencebik bibirnya yang dicalit dengan gincu yang merah bak lampu isyarat. “Hmm, takpe la. I datang ni nak tengok dress yang I berkenan hari tu. Cantik la, Ash. Pandai la you reka!” Datin Lynna menampar lembut bahu kiri Ashraf.

            “Eh, Datin! Jangan sentuh bahu saya! Tadi, masa tengah kemas stor belakang, tiba-tiba ada lipan jatuh atas bahu saya. Ya Allah, lepas tu lipan tu berak kat atas bahu saya…isy..isy..isy. Penat saya cuci tau! Entah betul-betul suci ke tak ni..” Ashraf bersungguh-sungguh menuturkannya. Alah, tipu sunat..(ada ke?)

             Datin Lynna terkejut. “Oh, ya?!!” Tangannya ditepuk-tepuk. Wekkk!

             Tiba-tiba telefon bimbit Datin Lynna nyaring menyanyikan lagu Girl On Fire-Jennifer Lopez. Datin Lynna menekan butang hijau.

             “Hello, kenapa?”Ujar Datin Lynna.

             “Ya..waalaikumussalam..”Datin Lynna menekan suaranya. Ashraf tersenyum sinis. Kena perlilah tu..

             “Isy, kamu ni! Menyusahkan orang saja!”Datin Lynna mencebik sungguh. Ashraf mengangkat kening.

             “Hmm, okay la. Nanti mummy datang..”

             “Ya, waalaikummussalam.”


              Datin Lynna sudah masam mencerut mukanya. “Takpe la, Ash. Nanti I datang lain ya? My son had messed up with something. Hisy..that boy!”

              Ashraf tersenyum plastik. “Biasa la, budak-budak. Hah, cepat la pergi, Datin! Nanti jadi apa pulak..”

              Datin Lynna menampar bahu kanan Ashraf pula. Ashraf mencerun matanya. Amboi, kuat nampak!

             “Menghalau nampak?” Datin Lynna tergelak. “I know you’re just kidding. Okay, I’m going! Bye~~”Datin Lynna berjalan pergi sambil menghadiahkan ‘flying kiss’ kepada Ashraf. Ashraf menjulingkan matanya. Menyampah aku!

               “Hisy, perempuan tua tu! Tak habis-habis nak mengacau hidup aku!”Ashraf merengus lalu menyambung kerjanya yang terbengkalai sebentar tadi.




ROSSA berjalan-jalan di sekitar shopping complex itu. ‘Hari ni birthday mama. Aku nak beli hadiah apa, ya?’ Tiba-tiba, matanya tertancap kepada  sebuah butik yang ekslusif. Nampak macam menarik je. Style mama ni..Kakinya melangkah masuk. Matanya melilau sekeliling butik itu. Tiaad sesiapa pun. Mana pelayannnya ni?

             “Hello, anybody here?”Rossa melaung. Ada orang ke tak ni?

             “Hello!”Laungnya lagi.

             “Excuse me!”Rossa tetap menunggu. Dia memandang jam tangannya. Hisy!

             “EXCUSE ME!”

             Rossa merengus. Ni yang aku tak suka ni. Dah 15 minit ni. Kat pintu ada sign ‘OPEN’. Tapi, batang hidung siapa pun tak ada!

              Saat kaki Rossa berkira-kira untuk melangkah pergi, satu suara menyapa, “Wait! I’m sorry. I was in the store, just now. Sorry, again. May I help you?”

              Rossa berpaling. Matanya tajam merenung lelaki yang bergaya itu. “What’s your name?”

               “I’m Ashraf. You can call me, Ash.”Jawab Ashraf. This lady looks..creepy. Ashraf menelan air liur. Gulp!

               “Encik Ashraf..lain kali peka dengan keadaan lain. Macam mana encik boleh abaikan pelanggan encik? Encik ni tak tau etika bisnes ke? Customer is the first, remember that! I’ve waited for about 15 minutes, and yet you didn’t show up at all. Encik ni membuang masa saya aje!” Sembur Rossa. Tak cukup dengan kes Nadia tadi, mamat diva ni pulak bikin aku panas!

                “Saya betul-betul tak..”

                “I don’t need any crap reasons here!”

                “Tap..”

                “You’re wastin’ my time. And that really makes me mad!”

                Ashraf menelan air liur sekali lagi. She’s indeed scary. “Err..aa..erm..maafkan saya, Puan..”Ashraf mengangkat kening tanda bertanya namanya.

                Rossa membuntangkan matanya. Ni yang aku tak suka ni! “PUAN??! I’m MISS Rossa.”

                Ashraf menggigit bibir. Allah, Ashraf apa kau buat ni? Hilang pelanggan nanti. “Apologize me, Miss Rossa. Saya boleh kasi diskaun banyak-banyak kat Cik Rossa..”Kasi pancing sikit.

                “Saya tak kisah la pasal banyak mana pun diskaun awak nak bagi..”Rossa menjulingkan matanya. “Huh, I’m tired of nagging at people this whole day..urgh. Never mind. I just..I need your help.”

                Ashraf terasa kasihan pula melihat raut wajah Rossa yang kepenatan. Nak aku ubah style dia ke? Dia memandang Rossa dari atas ke bawah. Aku rasa dia ni bukan calang-calang orang. Tapi..style dia..old-fashioned. Kemeja yang warnanya langsung tak menarik, blazer hitam yang terlebih saiz, seluar slack, tudung bawal hitam, beg yang sangatlah old-fashioned..eh, kejap! Kasut dia! Jimmy Choo Baxter Wedges! Gila! Dekat dua ribu lebih tu!

                  “Encik Ashraf! I’m waiting..”Rossa mengerut keningnya.

                  Ashraf tersedar. Dia tersenyum. “Hah, Cik Rossa..mari sini saya tunjukkan blouse yang sesuai dengan cik.” Ashraf menuju ke bahagian blaus.

                  Rossa mengangkat kening. “Err..actually, I’m not finding stuff for me. It’s my mom. Birthday dia hari ni. I don’t know what to buy. Just now, I saw your boutique..and it’s my mom’s style. So, I need your help.”

                   Ashraf terkejut. Hisy, buat malu je! Kat mak dia rupanya.“Sorry..so, saya nak tahu apa taste ibu Cik Rossa..”

                   Rossa menerangkan sedikit sebanyak tentang taste mamanya. Ashraf pula sibuk menunjukkan beberapa jenis dress kepada Rossa. Dengan fashion advicenya la..bla..bla..bla..Rossa buat endah tak endah saja dengan fashion advice Ashraf. Kena sesuai dengan warna kulit la, mix and match la, potongan yang sesuai dengan bentuk badan la..bla..bla..

                   “Mr. Ashraf..stop with your what-ever-advice. Tolong cari apa-apa yang saya berkenan, boleh tak? Please hurry up!” Rossa dah tak sabar.

                   Ashraf tersentak. Dia menelan air liur. Singa betul perempuan ni! “Okay, okay..” Dia menuju ke bahagian yang lain. Dia mengambil sehelai dress. Hmm, ni okey kot! Eh, ni bukan yang Datin Lynna berkenan tu ke? Alah, abaikan saja. Alasan saja tu sebab nak kacau aku. Dah dekat 5 kali dia datang ke butik dengan alasan nak tengok dress tu. Tapi, langsung tak beli-beli.

                   “Hmm, what about this?” Ashraf menunjukkan dress itu kepada Rossa. Rossa merenung dress itu. Cantik! Okay, aku pilih yang ni.

                   Ashraf memandang Rossa. “Cutting dress ni sangat sesuai untu..”

                   “Cut the chase! Saya ambil yang ni.”Rossa mencelah. Tak sanggup dah aku nak dengar. Dia bergegas ke arah kaunter. Malang tidak berbau, kakinya tersadung display stand di hadapannya. Ahhh!

                   “Cik Rossa!!”Belum sempat Ashraf menyambut, Rossa sudah ‘selamat’ landing di atas lantai. Habis terpelanting cermin matanya.

                   Ashraf membantu Rossa bangun. Rossa terhuyung-hayang. Ya Allah, Rossa..Eh, kejap..spek mata aku! Mana dia? Aku dah la tak nampak apa ni!

                 “Encik Ashraf.. mana cermin mata saya?”

                 “Kejap ya, cik..”Ashraf mengambil cermin mata Rossa. Alamak, dah pecah! Kepalanya dipusing menghadap Rossa. “Tapi Cik…”Ashraf tergamam. Aku tengah mimpi ke ni? Mata berkelip-kelip. Dia menggosok-gosok matanya. Cik Rossa? Cantiknya, mata dia! Tanpa cermin mata Ugly Betty tu, Cik Rossa sangat cantik! Jantungnya berdegup kencang bagai baru lepas berlari atas treadmill saja. Oh, Ashraf!

                 “Encik Ashraf! Mana dia?!”Bentak Rossa. Ashraf tersentak.

                 “Aaa..oh ya..tapi dah pecah la, Cik Rossa.”

                 “What?! Dah pecah?? Habis macam mana saya nak drive balik?”Rossa khuatir. Dah la Pak Mat balik kampung. Ya Allah…

                 Rossa cuba memikirkan sesuatu. Hmm..oh, ya! Dia mengambil Samsung Galaxy Note dari dalam beg tangannya. Dia ingin mendail seseorang. Eh, mana aku nampak! Dia menghulurkan telefon bimbitnya kepada Ashraf.

                 “Tolong cari number phone Hanna and dial it,” arah Rossa. Ashraf mengikut sahaja. Banyak sungguh arahannya. Dia menyerahkannya kembali kepada Rossa.

                 Rossa meletakkan telefon itu di telingannya . “Assalamualaikum, Hanna! Kau kat mana ni?”

                 “Waalaikumussalam, Rossa. Eh, kau ni buat-buat lupa pulak..kau saja nak kacau aku kan?”

                  Rossa menepuk dahi. Yalah..kawan baik aku sorang tu tengah honeymoon kat Sarawak! Macam mana boleh lupa ni? “Aaa..err..hahaha! Aku saja je nak kacau kau..” Kasi cover sikit.

                  “Hmm, tak pelah kalau macam tu..sorry ek? Enjoy your honeymoon!”Ujar Rossa. Hanna di sana sibuk berpot-pet-pot-pet.

                  “Ya..waalaikumussalam.”Rossa menekan butang end call. Dia memikirkan sesiapa yang boleh menolongnya. Hisy, sapa ya? Reesa ada meeting, Farra dah pindah, Jenny outstation, Hani demam..yang lain semua sibuk! Aku dah serabut tak boleh fikir apa ni!!!

                   Melihat wajah Rossa yang agak gelisah, Ashraf bersuara, “Cik Rossa..saya boleh hantar Cik Rossa balik! Lagipun, semua ni salah saya...biar saya hantar cik, ya?” Ashraf takut-takut memandang wajah Rossa. Kang nanti kena sembur pulak!

                   Rossa memandang Ashraf dingin. Betul jugak. Kan semua ni salah dia. Okey, ini yang aku suka ni. Orang yang buat salah, then mengaku lepas tu nak tebus balik. Good.. Kalau dia ada niat tak baik, siap kena triple punch aku! Si Ashraf ni jenis ‘lembut’ sikit, senang je! “Okay, then. Hah! Alang-alang macam tu, awak kena hantar saya ke rumah mak saya selepas saya bersiap,” Rossa memberikan senyuman sinis. Kau nak sangatkan tolong?

                   Ashraf mengangkat kening. Pulak dah??  O..kayyy.. “Okay, baiklah. Sekejap ya?”Ashraf mengemas barangnya dan memadam semua lampu. Awalnya aku tutup hari ni..

                   “Jangan lupa dress tu. Balik nanti saya bayar awak.” Ujar Rossa.

                   “Saya tak lupa la..”Ashraf mengunci pintu butiknya. Dia berpaling menghadap Rossa. Oh ya! Macam mana..

                   “Encik Ashraf.”Panggil Rossa.

                  “Yup?”

                  “Guide me. Pegang tali beg saya.”

                  Ashraf mengangkat kening lagi. “Aaaa? Err..erm..Cik Rossa boleh cengkam blazer saya. Ta..tapi jangan cengkam lengan saya pulak!” Dia menghulurkan lengan kirinya.

                  “Tahulah saya.”Rossa menarik sedikit lengan blazer maroon Ashraf. Ashraf memandang Rossa lalu tersenyum. Mereka berlalu pergi meninggalkan shopping complex itu.




“KAK JAH, tak sabar rasanya!” Puan Sri Laila berkata sambil memotong buah-buahan untuk majlis hari lahirnya. Mak Jah mengangkat kening sebelah. Sejak bila pulak Puan Sri excited terlebih nak sambut hari lahir ni?

                    “Apa yang tak sabar tu, Puan Sri?”

                    “Si Rossa tu la..dia janji dengan saya waktu raya hari tu..”

                    “Janji apa, Puan Sri?”

                    “Katanya dia akan bawa bakal menantu saya masa majlis nanti!” Puan Sri Laila tersenyum lebar. Akhirnya, anak sulungnya yang berumur 27 tahun tu..

                    “Oh, ya? Alhamdulillah, sampai jugak jodoh Rossa, ya?” Mereka berdua melepaskan tawa gembira. Tak sabar rasanya!

                     “Riuh-rendah nampak? Nak tumpang sekaki.” Satu suara menyapa.

                     Puan Sri Laila dan Mak Jah memandang tuan empunya suara sambil tersenyum. Dah balik dah si Reesa Azyani, iaitu adik kepada Rossa a.k.a anak bongsu Puan Sri Laila dan Tan Sri Aziz. Reesa ni lebih kurang macam Rossa sibuknya, tapi tidak la terlalu keterlaluan macam kakaknya yang sorang tu! Reesa yang berumur 24 tahun ini bakal menggantikan tempat Tan Sri Aziz sebagai CEO T.O.P Holdings. Reesa baru sahaja pulang dari US setelah menghabiskan program degree dalam bidang business. Sebenarnya, Rossa lah yang sepatutnya menggantikan tempat papanya, namun dia enggan. Rossa lebih berminat untuk menjadi hotelier. Bersungguh-sungguh Rossa menyarankan supaya Reesa saja yang menggantikan tempat ayahnya memandangkan adiknya itu amat meminati bidang perniagaan. Puan Sri Laila pun pening dengan hal suaminya dengan kedua-dua puterinya itu. Apa yang dia boleh kata..alhamdulillah la ALLAH kurniakan dia suami dan anak-anak yang berjaya..insyaALLAH dunia akhirat..syukur..

                        “Ma, betul ke akak  nak bawa balik bakal menantu mama dengan papa?” Tanya Reesa. Rasa teruja pula. Yalah, mana dia sangka kakaknya yang workaholic overloaded tu diam-diam sudah ada kumbang dalam taman bunga kat hati. Acchewwah, bermadah kebendanya kau ni, Reesa!

                         “Akak kamu tu dah janji dengan mama. Kakak kamu tu kan jenis menepati janji orangnya. Tak sabar la mama. Tak lama lagi merasa jugak kita nak makan nasi minyak, ya?” Tersenyum sampai ke telinga Puan Sri Laila. Reesa nak tergelak melihat wajah mamanya.

                          “Bukan baru-baru ni kita dah makan ke nasi minyak? Kenduri anak Unce Joe hari tu, kan?” Saja Reesa hendak buat loyar buruk dengan ibunya. Tidak lama kemudian, bertenggeklah cubitan kaki ketam di pinggangnya yang( bukan nak perasan, tapi realiti) ramping itu. Dia mengaduh berbisa betul sepit ketam mamanya itu.

                           “Next year, Reesa pulak bawa balik menantu kat mama dengan papa. By hook or by crook!”

                            Reesa menelan air liur. Gulpp!




“SEKARANG dah sampai kat simpang tiga tu. Nak ambil mana satu?” Tanya Ashraf.

                     “Terus saja. Bila dah jumpa traffic light, belok kanan.” Jawab Rossa. Ashraf menurut. Rossa memandang luar tingkap. Eleh, macamlah kau boleh nampak, Rossa..Dia meraba-raba mencari sekeping kad hari lahir di dalam beg tangan. Rossa mengeluarkannya. Dia menulis sedikit ucapan untuk mama. Dia yakin walaupun pandangannya kabur, dia boleh menulis dengan baik ‘Dear my mama, happy birthday! May all of your wishes come true. Allah bless you~~’

                      “Encik Ashraf..”

                      Ashraf mengerling Rossa. “Just call me, Ash. No need any honorifics.”

                      Rossa menjulingkan matanya. Kad hari lahir itu ditayangkan di hadapan Ashraf yang sedang memandu. “Okey tak?”

                        Ashraf terkejut dengan tindakan Rossa. Hisy! Berani sungguh dia ni. Dia cuba melihat kad itu sambil menumpukan perhatian kepada pemanduannya. Eh, mata kabur pun boleh tulis cantik dan kemas? Luar alam betul la Cik Rossa ni. Dah la straight macam tulis atas kertas bergaris je! “Perfect!”

                        Rossa meletakkan kad itu di dalam beg kertas yang mengandungi dress untuk mamanya. Hmm….eh, wait! Dia tiba-tiba teringatkan sesuatu. Ya Allah! Aku dah janji dengan mama waktu hari raya hari tu! Dia terlalu sibuk dengan kerjanya sampai lupa habis semua benda! Macam mana ni!! Relaks Rossa..relaks..

                         “Kita dah sampai, Cik Rossa.” Ujar Ashraf. Terpegun dia melihat banglo milik Rossa. Sangat cantik! Dia sendiri pun hanya tinggal di apartment. Dia masih belum mampu untuk memiliki sebuah banglo yang besar sebegini. Maklumlah, dia baru sahaja membuka butiknya itu. Selepas graduate dengan  ijazah dalam bidang  fesyen, dia melupakan sebentar impiannya untuk  membuka butiknya sendiri. Dia perlu menjaga ibunya yang sakit, memandangkan  keenam-enam kakaknya  masing-masing sudah berkeluarga. Adik-beradiknya  itu masing-masing mempunyai komitmen tersendiri. Ibunya pula tinggal keseorangan sejak ayahnya meninggal dunia 7 tahun yang lalu. Alhamdulillah, sekarang ibunya beransur pulih dan semakin sihat. Ibunya juga yang memberinya sokongan padu untuk mencapai cita-citanya iaitu untuk menjadi seorang fashion designer.


                           Ashraf tolong membukakan pintu untuk Rossa. Rossa menegah apabila Ashraf cuba untuk membantunya keluar. Tidak lama kemudian, seorang wanita tua datang menghampiri mereka.
     
                            “Eh, Rossa..mana kereta kamu? Mak Mah risaulah kamu balik lewat. Apa dah jadi? Mana cermin mata kamu?” Bertalu-talu soalan Mak Mah, iaitu pembantu rumah Rossa. Ashraf memperkenalkan dirinya kepada Mak Mah dan menceritakan apa yang telah terjadi.

                            “La..ye ke? Hmm, tak apalah kalau macam tu. Nasib baik Ashraf ni sudi nak menolong. Kalau tak, bermalamlah Rossa kat pusat membeli belah tu..”ujar Mak Mah.

                            “Mestilah kena tolong, dah buat salah, kan?” Sinis Rossa bersuara. Ashraf berdehem kecil. Hmm, yalah..aku yang salah..

                            “Apa yang…” Belum sempat Mak Mah menghabiskan ayatnya, Rossa memotong, “Mak Mah, bawa saya ke atas. Encik Ashraf, awak boleh tunggu kat bawah.”

                            “Kat dalam rumah ke luar rumah?” Tanya Ashraf. Eh, macam pelik pulak soalan aku ni.

                            “Suka hati awaklah nak tunggu kat mana pun.” Rossa membalas. Mamat ni la..

                            Hisy, perempuan ni! Sabar, Ash..sabar..“Hmm, o..o..okeyy.”




ASHRAF menekan butang ON di radio. Sunyi sepi sungguh keretanya itu. Dia curi-curi memandang wajah Rossa di cermin atas. Sedap sungguh dia tu duduk kat belakang. Macam aku ni driver dia pulak! Rupa-rupanya dia ada lagi spek mata jenis Ugly Betty tu. Elok sangatlah tu..

                          Rossa masih teringatkan tentang janjinya kepada mama. Mama pasti masih ingat tentang tu! Apa yang aku nak buat ni, hah? Dia memandang wajah Ashraf yang sedang fokus memandu di cermin atas itu. Tiba-tiba, muncul satu idea daripada otaknya. Ting! (keluar mentol lampu!)

                          “Encik Ashraf.”

                          “Ya, kenapa?”

                          “Ada girlfriend?”

                          Pemanduannya tiba-tiba melencong sedikit. “A..apa?”

                          Rossa mengerut kening .“Ada ke tidak?!”

                          “Tak ada. Kenapa?”

                          “Then, tolong jadi fake boyfriend saya malam ni.”Tanpa perasaan Rossa meminta.

                          Ashraf membuntangkan mata. Dia memberhentikan keretanya di tepi jalan secara mengejut. SSSreeekk!! Dia beristighfar sejenak. Hisy, aku dah tak boleh sabar dengan cik puan sorang ni!

                          “What’s wrong with you? Kalau saya mati accident macam mana?! Awak nak mampus, mampus la sorang-sorang!!” Jerkah Rossa.

                          Ashraf memusingkan badannya ke belakang. Dia mencekak pinggangnya. “Hah, eloklah tu! Nanti saya bangkit jadi hantu, saya kacau Cik Rossa! Biar dihantui hidup Cik Rossa! Hei, cik puan! Awak ingat saya ni hamba awak ke apa? Ini dah cukup baik saya tolong tumpangkan Cik Rossa ke sana-sini. Besar sangat ke salah saya? Banyak betul songeh Cik Rossa ni! Fake boyfriend? Desperate betul la, awak ni!”

                          Mata Rossa mencerun. Amboi, mamat diva ni! “Eh, encik diva! Baru dua tiga benda dah banyak songeh! Orang buat salah ni kena bagi banyak pengajaran sikit. Biar tak ulang kesalahannya,” balas Rossa.

                          Ashraf ternganga. Tangannnya mengipas-ngipas wajahnya. Rasa panas la pulak! “Masalahnya, ini dah melampau! Saya tak mahu la jadi fake boyfriend awak, bukannya cantik pun! Tak sesuai langsung saya dengan Cik Rossa yang old-fashioned ni. Buat malu saja.”

                          Rossa mencebik. “ Ingat saya teringin ke dengan awak yang macam diva ni? Saya pun terpaksa mintak tolong awak. Nanti kat majlis, mak saya nak tengok bakal menantu dia. Saya mana ada teman ke apa! Alang-alang awak ada dengan saya, awak saja la yang saya boleh tangkap muat..”

                          “Itu masalah awak dengan mak awak! Tak payah la libatkan saya!” Ashraf masih berkeras. Tangannya disilangkan di dada. Huh! Suka hati aje nak tangkap muat aku!

                          Rossa memikirkan sesuatu. Hah! “Encik Ashraf, awak baru bukak je kan butik tu?”

                          “Ya, kenapa?” Ashraf masih tidak memandang Rossa.

                          “Awak tahu Blitz Textile?”

                          Ashraf mengangkat keningnya. Siapa tak tahu? Gudang tekstil terkemuka tu!

                          “Pemiliknya, Ciara tu kawan baik saya..”

                          Ashraf membuntangkan matanya. OMG! Biar benar?

                          “Katanya, dia nak cari seorang fashion designer yang masih baru untuk bekerjasama dengan dia….”

                           Ashraf berpaling ke belakang menghadap Rossa. Rossa tersenyum sinis.

~~~@~@~~~~~@@~~~~~@@@~~~~~@@@@~~~~~~@@@@~~~~~~@@@@~~~~~~~~~
extra info(s):
Ashraf : Si Wan (ZE:A)
Rossa : Chorong (APink)
Ryan  : Peniel (BTOB)
Trish  : Jiyeon (T-ARA)

kalau watak lain tu, ikut imaginasi masing2 ya~~~(^_~)

bg

cursor

Bobblehead Bunny

furby


muslimah


(^_~)v